Fatine and life.

MESTI ADA BATASAN DALAM SETIAP KETERBUKAAN

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1222&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm

BARU-BARU ini kita dikejutkan dengan isu perkahwinan sejenis antara lelaki Melayu dan British. Perkahwinan yang menjadi perkara asing di negara kita ini mendapat liputan meluas media tempatan dan luar negara.

Isu itu timbul apabila lelaki Melayu berkenaan berdepan dengan tindakan undangundang untuk dihantar pulang ke Malaysia kerana tinggal melebihi tempoh.

Permohonan untuk melanjutkan tempoh visa ditolak oleh pihak berkuasa di sana. Perkara ini telah dapat dihidu oleh media dan bermulalah berbagai babak dan kisah rentetan daripada itu.

Tanpa mahu mengulas lebih lanjut isu imigrasi berkenaan, penulis terpanggil untuk membicarakan berkenaan isu transgender ataupun transeksual yang sebenarnya menjadi isu utama dalam perkara ini.

Suka atau tidak kita harus mengakui kewujudan golongan ini di dalam masyarakat. Tidak dinafikan mereka ini turut menyumbang kepada negara sebagai tenaga kerja.

Namun begitu tanpa mahu bersikap prejudis kita harus juga mengakui bagaimana mereka ini tidak sedikit juga bilangannya yang menjadi ‘penghibur’ di lorong-lorong gelap.

Banyak perkara sebenarnya yang perlu diberikan perhatian dan ketelitian dalam membicarakan berkenaan isu ini.

Dari segi fitrah manusia yang normal, perkara ini tentulah menjadi tabu dan mendapat tentangan dari masyarakat terutamanya kita, masyarakat Timur yang kaya dengan adat dan kebudayaan.

Dari sudut keagamaan, Islam umpamanya sangat-sangat melarang umatnya dari berpakaian menyerupai wanita dan sebaliknya atau melakukan perhubungan seks luar tabii walaupun bersama ‘pasangan yang sah’ apatah lagi perkahwinan sejantina.

Adalah tidak adil menyalahkan Tuhan dengan menyatakan bahawa mereka ‘terperangkap’ di dalam fizikal yang salah kerana manusia telah dianugerahkan dengan akal untuk berfikir mana yang baik dan buruk.

Bahkan telah diceritakan di dalam kitab suci bagaimana Tuhan melaknat golongan ini semasa zaman Nabi Lut a.s.

Objektif perkahwinan yang salah satunya adalah untuk mengembangkan zuriat manusia juga tidak akan tercapai.

Dari sudut kesihatan telah dibuktikan bahawa salah satu cabang penyebaran virus HIV yang membawa kepada AIDS juga adalah berpunca daripada perhubungan terlarang seperti ini.

Akhir-akhir ini terdapat pandangan-pandangan yang menyeru agar masyarakat lebih terbuka dalam membicarakan isu ini.

Masyarakat kita dikatakan ketinggalan zaman dan jumud. Tidak moden. Tidak boleh menerima kepelbagaian dalam rencam kehidupan manusia. Kurang prihatin, tidak bertoleransi dan pelbagai lagi.

Bagi penulis, keterbukaan terhadap sesuatu isu adalah amat digalakkan asalkan ada logiknya serta mempunyai nilai-nilai murni yang boleh dijadikan sempadan.

Paling penting, ia tidak melanggar hukum Tuhan. Ini kerana keterbukaan juga mempunyai batasannya.

Di Barat, golongan ini mempunyai ruang untuk menjalani kehidupan mereka bahkan juga mempunyai persatuan sendiri memperjuangkan hak-hak mereka yang berdiri atas platform hak kebebasan manusia.

Sebagai ingatan tidaklah semua yang datang dari Barat itu baik bahkan banyak yang boleh dipertikaikan.

Keghairahan mereka dalam memperjuangkan hak-hak kemanusiaan menggila hinggakan ada ketikanya perkahwinan sesama mahram juga dihalalkan.

Janganlah membabi buta bersikap terbuka terhadap sesuatu sedangkan perkara itu diketahui mempunyai keburukan yang nyata.

Ditakuti di masa depan tidak dapat dibezakan lagi yang mana lelaki dan yang mana wanita kerana yang ada hanyalah manusia yang tidak berjantina.

MUNIR AFIRUDDIN WAHAB
Bukit Indah, Ampang

This article was in one of the leading Malay newpaper in Malaysia. As A Muslim, it was very upsetting to read the uncompromising outlook of Islam towards the transgendered community. Whatever happened to acceptance and tolerance….whatever happened to understanding.

It is true when they say that…it is not Islam that discriminates…it is MUSLIMS that discriminate against Muslim.

The Islam that I know is beautiful…it does not discriminate…it does not judge. Only God judges us…the mere mortal. Who are we to judge others…even by reciting the Quran itself…it is not our place to be judge…to be the judge.

Why are we so busy criticizing others when we ourselves are not perfect?

It is sad….that we refused to look beyond the misgiving of others and accept people who they are….it is truly sad indeed.

Advertisement

~ by rubblesoflife on December 23, 2009.

One Response to “Fatine and life.”

  1. Dear rubblesoflife,
    Salam,
    For me, in the first place,it is really sad when you do not understand what ALLAH SWT have told in Holy Quran.You are questioning something which is wrong and unaccepted in Islam.Reciting the Holy Quran is nothing without understand and practising it accordingly…and please bear in mind discriminaton towards ALLAH SWT willing is the most sinful act….salam.wallahuaklam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.